Quote

MEDICRAZY
"Move Forward Even A Step Or You Will Fall Forever"

January 20, 2011

TEMPAT ITU

Aku pernah ke sana dahulu,

Di satu tempat yang amat asing bagiku sekarang,

Asing kerana aku melupakannya?

Tidak, tetapi ia asing kerana aku tidak akan mungkin ke sana lagi.

Mengapa?

Tempat itu sudah menjadi sejarah bagiku,

Tempat di mana aku diajar erti kehidupan,

Segala perasaan dan kenangan dibina bersama,

Membawa aku melangkah di mana aku berada sekarang.

Realitinya aku ingin ke tempat itu,

Bermaksud untuk membentuk diriku semula,

Kerana aku tewas dengan mainan dunia,

Aku menjadi lemah dan tidak bermaya,

Barangkali hanya dalam mimpi.

Namun aku perlu bangkit,

Menentang arus yang melanggarku,

Sayangnya aku kehilangan kekuatan.

Tidak!

Aku perlu bangkit,

Realiti itu memang tidak semudah yang disangka,

Namun realiti yang membawa aku ke hadapan,

Kenangan hanya membuatkan aku lemah,

Mungkin sampai aku tidak bisa berdiri.

Berjuanglah demi masa depanmu,

Agar hari esok tiada penyesalan.

Senyumlah,

Maka aku akan menjadi penggegar dunia.

Nukilan,

PAI

(Jan 20, 2011)

(15:19, Belgaum)

0 comments:

Post a Comment